• Khidmat Pelanggan
    Ahad - Khamis : 8am to 4pm
  • Jalan Tengku Ismail Off Jalan Telipot,
    15200 Kota Bharu

Penyelenggaraan Loji Rawatan Kumbahan

Majaari telah mengambilalih pengurusan penyelenggaraan ke semua loji rawatan kumbahan di Negeri Kelantan daripada PBT mulai 12 April 2010. Ianya terdiri daripada 8 buah loji, 13 stesen pam dan dianggarkan sepanjang 29 kilometer paip pembetungan yang hanya terdapat di sekitar Kota Bharu khususnya kawasan Pengkalan Chepa.

Perumahan yang menggunakan loji rawatan kumbahan akan dikenakan caj perkhidmatan bulanan/tahunan sebagai menampung kos penyelenggaraan loji tersebut. Caj perkhidmatan tersebut akan dikenakan apabila semua loji kumbahan tersebut siap dibaikpulih dan dijangka siap pada Jun 2011.